Posts

Sumber utama Al-Quran terhadap karya tafsir

  Tafsir al-Quran Tempatan Serta Metodologi Penafsiran dan Penulisannya PENGENALAN Terdapat pelbagai karya-karya utama  mufassirin  terdahulu antaranya ialah yang cukup dikenali dan tersohor dalam dunia Islam, kitab  Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Quran oleh Abu Ja’far Muhammad b. Jarir al-Tabari (m. 310H), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim oleh Ibn Abi Hatim al-Razi (m. 327H)  dan banyak lagi yang telah menjadi rujukan penting para ilmuwan Islam terkemudian. Kepentingan kitab-kitab tersebut terserlah apabila kitab-kitab tersebut turut menjadi sumber rujukan ulama’-ulama’ di Nusantara yang lahir selepas kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu seawal abad ke-7 M dan berkembang ke Tanah Melayu melalui peranan mubaligh-mubaligh Islam yang datang berdagang dengan satu matlamat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat. Kemunculan ulama’-ulama’ Islam di Alam Melayu membuktikan keberkesanan terhadap penyampaian ilmu oleh para mubaligh Islam yang pada ketika itu adalah berbentuk lisan s

Etika pnyelidikan & penulisan

Image
 

Kenal pasti topik atau permasalahan kajian

  1.      MENGENALPASTI MASALAH  Mengenalpasti masalah merupakan langkah pertama dalam proses penyelidikan.   Pada asasnya ,  ia melibatkan  penyelidik supaya  memahami sesuatu masalah  itu dengan jelas  dan  tepat . Ini amat penting kepada  penyelidik bagi mengenal pasti ,  memahami  dan  menyatakan masalah tersebut dalam  keupayaan nya untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui penyelidikan serta  memahami    semua proses yang perlu yang bakal dilakukan  dalam menyiapkan kerja-kerja penyelidikan . Penyelidik perlu tahu membezakan antara masalah biasa dan masalah umum yang memerlukan kajian dijalankan. Masalah biasa ialah masalah yang sering dihadapi oleh individu dalam kehidupan harian seperti masalah kesihatan, masalah kewangan dan sebagainya. Masalah biasa boleh diselesaikan tanpa perlu melakukan penyelidikan. Sesuatu penyelidikan akan dijalankan apabila timbul masalah umum yang rumit serta dialami oleh sebahagian besar golongan masyarakat. Penyelidik pula perlu mengenal pasti la