Reka Bentuk kajian

 - Reka bentuk kajian memberi gambaran tentang kerangka, perancangan atau strategi yang menentukan prosedur kajian.

- Aspek-aspek reka bentuk merangkumi:
  • pendekatan kajian,
  • Kaedah persampelan,
  • Cara pengumpulan data,
  • Teknik memproses dan menganalisis data, dan
  • Penulisan laporan.
 Reka Bentuk Kajian Kuantitatif
o Tinjauan (Survey)
o Eksperimen (Experimental)
o Kuasi-eksperimen (Quasi-experimental)
o Korelasi (Correlational)



Tujuan Kajian & Reka bentuk Kajian Kuantitatif
1. Tinjauan (survey)
 Mengkaji persepsi, pendapat atau trenda masyarakat
terhadap sesuatu isu.
(Contoh: Persepsi pelajar Tingkatan 6 terhadap
kepentingan kajian …)

2. Eksperimen
 Mengkaji keberkesanan rawatan
(Contoh: Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif)
Nota: Persampelan rawak


3. Kuasi-Eksperimen
 Mengkaji keberkesanan rawatan
(Contoh: Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif)
Nota: Persampelan tidak rawak

4. Korelasi
 Mengkaji hubungan antara pembolehubah
(Contoh: Hubungan antara kemahiran berfikir dengan
pencapaian …)



 Reka bentuk EksperimenCiri-ciri utama:
• Peserta-peserta dipilih dan diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
• Sesuatu intervensi intervensi diapplikasikan kepada satu atau lebih kumpulan
• Akibat (outcomes) diukur pada akhir eksperimen – boleh menentukan sebab dan akibat dalam kajian
• Prosedur direkabentuk supaya menangani ancaman terhadap kesahan
• Statistik digunakan untuk membuat perbandingan


 Kump. Eksperimen, Kump.Kawalan• Kumpulan eksperimen/rawatan 
- subjek kajian yang didedahkan kepada sesuatu rawatan (cth pengajaran berasaskan komputer)

• Kumpulan kawalan

- subjek yang tidak menerima rawatan (cth pengajaran tradisional)
• Perbandingan antara prestasi antara dua kumpulan
menentukan keberkesanan rawatan terhadap sesuatu akibat
(cth pencapaian matematik) dalam kalangan peserta kajian


 Reka bentuk Kuasi-Eksperimen• Kajian Eksperimental tulen menggunakan pemilihan rawak dan pengagihan rawak peserta kajian kepada kumpulan eksperimen dan kawalan
• Kajian kuasi-eksperimen TIDAK melaksanakan pemilihan rawak peserta kajian
• Sebab utama adalah kerana subjek kajian tidak dapat dipilih dan diagihkan secara rawak
• Cth menggunakan kelas-kelas yang sedia ada kerana konstrain pentadbiran


 Reka bentuk TinjauanKajian tinjauan mengkaji populasi dengan memilih sampel
yang dipilih daripada sesuatu populasi untuk menemui
kejadian, agihan dan perhubungan antara pembolehubah
sosial dan psikologi .

 







Ciri-ciri utama:
• Pensampelan daripada sesuatu populasi 

• Mengutip data melalui soal selidik atau temubual
• Mereka bentuk instrumen untuk mengutip data
• Mendapatkan kadar respon yang tinggi
• Mereka bentuk dan menggunakan soal selidik secara 

  pentadbiran langsung atau melalui pos
• Melaksanakan tinjauan temubual secara langsung atau 

  melalui telefon


 Reka bentuk Korelasi
• Penyelidikan korelasi adalah pendekatan yang memfokus
kepada menentukan perkaitan atau perhubungan antara dua
atau lebih pembolehubah.
• Tujuan penyelidikan korelasi adalah untuk mengenal pasti
perhubungan yang dapat menerang atau meramal kejadian
sesuatu pembolehubah
• Menggunakan teknik statistik canggih untuk menentukan
korelasi antara pembolehubah.
• Limitasi utama penyelidikan korelasi adalah ia tidak boleh
memberi interpretasi sebab dan akibat.


 Reka Bentuk Kualitatif• Kajian Kes (Case study)
• Kajian Etnografi (Ethnography)
• Kajian Sejarah (Historical)


 Tujuan Kajian & Reka bentuk Kajian Kualitatif
i. Kajian Kes
 Mengkaji secara terperinci sesuatu “kes” (situasi, peristiwa, orang, kumpulan).
(Contoh: Kemahiran berfikir pelajar-pelajar cemerlang Tingkatan 6 Kemanusiaan)

ii. Etnografi
 Mengkaji ciri-ciri budaya dan kehidupan sesuatu kumpulan atau komuniti
(Contoh: Budaya belajar dalam kalangan pelajar lelaki Tingkatan 6 Sains di sebuah sekolah)
iii. Sejarah
 Mengkaji rekod dan penulisan lampau untuk menghubungkait dengan perisitiwa kini atau akan datang
(Contoh: Unsur falsafah Islam dalam kurikulum sejarah Tingkatan 6)


Kajian Kes• Merupakan penyiasatan yang terperinci kepada sesuatu `setting’, atau seorang peserta, atau sesuatu hamparan dokumen, atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988; Yin, 1989; Stake, 1994)

 Etnografi• Menghuraikan ciri-ciri budaya dan kehidupan sesuatu kumpulan atau komuniti
• Melibatkan pemerhatian sebagai peserta (participant observation) atau ahli dalam kumpulan yang dikaji dalam tempoh masa yang panjang


 Ciri-ciri utama:
– Penyiasatan tema-tema budya yang berasaskan antropologi budaya (Cultural anthroppology)
– Kajian terhadap kumpulan yang mengkongsikan sesuatu budaya
– Pengkajian terhadap pola tingkah laku, kepercayaan dan bahasa yang diamalkan dan dikongsi bersama dalam sesuatu kumpulan
– Suatu penghuraian dan penganalisaan tema-tema berkaitan dengan kumpulan yang berkongsi budaya (culture-sharing group)
– Suatu penghuraian tema-tema dan interpretasi dalam konteks kumpulan tersebut


Kajian Reka Bentuk Sejarah
• Mengkaji rekod dan penulisan lampau secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta untuk menghubungkait dengan perisitiwa kini atau
akan datang
• Historical Research is the systematic collection and objective evaluation of data related to past occurrences in order to test hypotheses concerning causes, effects, or trends of these events that may help to explain present events and anticipate future events. (Gay, 1996)

Comments

Popular posts from this blog

Kenal pasti topik atau permasalahan kajian

Sumber utama Al-Quran terhadap karya tafsir