Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu)
Blackpepper
Serbuk cili
Bawang putih (blender)
Cili kisar
Lemon
Madu
Sos tomato
Cara-cara:
Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu
Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu
Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu
Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar. Agak2 cili kisar dh garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon tadehal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak2 la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi sour korean chicken plak bukan spicy
Agak2 sos dh gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yg disangai tadi bersama ayam yg dh siap digoreng tadi. Gaul2 sampai melekat betol2 sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. I x letak sebab xde daun bawang kt rumah. Makan macam tu pon dh best dh
1. MENGENALPASTI MASALAH Mengenalpasti masalah merupakan langkah pertama dalam proses penyelidikan. Pada asasnya , ia melibatkan penyelidik supaya memahami sesuatu masalah itu dengan jelas dan tepat . Ini amat penting kepada penyelidik bagi mengenal pasti , memahami dan menyatakan masalah tersebut dalam keupayaan nya untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui penyelidikan serta memahami semua proses yang perlu yang bakal dilakukan dalam menyiapkan kerja-kerja penyelidikan . Penyelidik perlu tahu membezakan antara masalah biasa dan masalah umum yang memerlukan kajian dijalankan. Masalah biasa ialah masalah yang sering dihadapi oleh individu dalam kehidupan harian seperti masalah kesihatan, masalah kewangan dan sebagainya. Masalah biasa boleh diselesaikan tanpa perlu melakukan penyelidikan. Sesuatu penyelidikan akan dijalan...
Tafsir al-Quran Tempatan Serta Metodologi Penafsiran dan Penulisannya PENGENALAN Terdapat pelbagai karya-karya utama mufassirin terdahulu antaranya ialah yang cukup dikenali dan tersohor dalam dunia Islam, kitab Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Quran oleh Abu Ja’far Muhammad b. Jarir al-Tabari (m. 310H), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim oleh Ibn Abi Hatim al-Razi (m. 327H) dan banyak lagi yang telah menjadi rujukan penting para ilmuwan Islam terkemudian. Kepentingan kitab-kitab tersebut terserlah apabila kitab-kitab tersebut turut menjadi sumber rujukan ulama’-ulama’ di Nusantara yang lahir selepas kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu seawal abad ke-7 M dan berkembang ke Tanah Melayu melalui peranan mubaligh-mubaligh Islam yang datang berdagang dengan satu matlamat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat. Kemunculan ulama’-ulama’ Islam di Alam Melayu membuktikan keberkesanan terhadap penyampaian ilmu oleh para mubaligh Islam yang pada ketika...
Comments
Post a Comment